Langsung ke konten utama

KRONOLOGI AKHIR ZAMAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah  ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Shalawat dan salam untuk  Baginda ﷺ


PERANCANGAN PERANG DUNIA KETIGA 


Perang Dunia Ketiga merupakan perancangan musuh Islam untuk menguasai ummat Islam secara berperingkat. Peringkat 1 Pra Perang Dunia ke3, Peringkat 2 Perang Dunia ke3 Alaf Baru dan Peringkat 3 Perang Dunia ke3 Perang Besar (al Malhamah Qubra). Perancangan  ini bukanlah sebuah perancangan yang baru. Musuh Islam telah merancang mewujudkan tiga Perang Dunia semenjak tahun 1871.  Perang Dunia Ke-3 yang sering disebut sebutkan menandakan ianya adalah sebuah perang yang terancang. Tiada disebutkan Perang Dunia Ke-4 atau Ke-5, kerana tiada perancangan dibuat untuk itu. Telah berlaku dua perang dunia, sekarang ummat Islam akan berdepan dengan Perang Dunia Ke-3.

Tahun 2021 Masehi, merupakan tahun yang dirancang berlakunya Permulaan Perang Dunia atau Pra Perang Dunia ke3 dan akan berpanjangan sekitar sepuluh tahun yang berakhir dengan kemuncak Perang Dunia ke3, yakni Perang Besar sekitar tahun 2030 Masehi. Mereka menamakan Perang Dunia Ketiga ini sebagai Perang Armageddon. Peperangan tersebut diperingatkan oleh Rasullullah sebagai "AlMalhamah Qubra (Peperang Besar dengan) Dajjal" dan "Dibukakan (Kemenangan bagi) Yakjuj dan Makjuj". AlMalhamah Qubra berlaku sekitar tahun 2029 dan sekitar tahun 2030 pula Dibukakan Yakjuj dan Makjuj untuk menguasai dunia. Kedua duanya merupakan Kemuncak Perang Dunia Ketiga terhadap ummat Islam secara menyeluruh. Perkara inilah yang diperingatkan sebagai sebahagian dari Tanda Besar sebelum Qiamat.


PERINGKAT 1, PRA PERANG DUNIA KETIGA DAN KEJATUHAN TURKEY DAN NEGARA NEGARA ARAB.


Tanda awal kejayaan Pra Perang Dunia Ke3 adalah kejatuhan Negara Turkey dan Negara Arab. Kejatuhan Turkey dan Arab Saudi sudah dirancang semenjak Perang Dunia Pertama. Sekiranya kedua dua ini berhasil, maka Pakistan dan seterusnya negara negara Islam lainnya akan menerima nasib yang sama. Tahun 2021 merupakan tahun Turkey dan Arab Saudi perlu mereka jatuhkan sebelum Baitul Maqdis akan dikuasai sepenuhnya oleh Khalifah Islam sekitar 2022.


PERANCANGAN PERANG DUNIA


Oleh kerana ketiga tiga Peperangan ini merupakan satu rancangan yang besar, maka untuk menghadapi Perang Dunia Ketiga, kita juga perlu merujuk kembali kepada kedua dua perang sebelumnya. Berdasarkan Perang Dunia Pertama dan Kedua, sudah terbukti terdapat matlamat yang terselindung disebalik terjadinya peperang ini. Kedua dua peperangan tersebut,  iaitu Perang Dunia Pertama dan Kedua merupakan persiapan untuk Perang Dunia Ketiga yakni kehadiran Dajjal untuk menguasai ummat Islam.


Ummat ini perlu belajar dari Peristiwa Perang Dunia Pertama (1914 - 1918) yang telah mengakibatkan Empayar Kerajaan Turkey Othmaniah musnah malah wilayah wilayah yang dikuasai Kerajaan Turkey Othmaniah terpaksa dilepaskan kerana perjanjian Serves 1920. Begitu pula pada Perang Dunia Kedua (1939 - 1945) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan. Maka dengan ditubuhkan PBB, Wilayah Palestin menjadi "halal" sebagai penempatan Yahudi. Perancangan ini dapat dibuktikan oleh Deklarasi Balfour 2 Nov 1917, dilanjutkan di dalam Perjanjian Serves 1920. Lalu pada 1948 negara Israel (Yahudi) berjaya dibentuk. Akibatnya secara berperingkat negara Palestine telah dipadamkan dan digantikan dengan negara Israel dari peta dunia.


Selagi ummat Islam tidak menyedari Eskatologi, dunia ini sedang menuju Tatapan Dunia Baru, yang dirancang dengan teliti oleh "Pengatur Dunia Baru" selagi itulah ummat ini dibuai oleh tipudaya dan fitnah yang membawa kepada kebinasaan ummat itu sendiri.


EMPAYAR TURKEY OTHMANIAH PERLU DILEMAHKAN DENGAN PERANG DUNIA PERTAMA


Maksud Perang Perang Dunia pertama untuk melemahkan Empayar yang dikuasai oleh agama terutamanya Islam. Perkara utama yang dirancang oleh "Pengatur Dunia Baru" adalah berkaitan dengan Empayar Kerajaan Othmaniyah kerana zaman tersebut merupakan "Zaman Mulkan Jabbariah" (Kerajaan Islam Yang Mampu Bertahan Dengan Kekuatan dan Kekuasaan).  Maka mereka berusaha untuk menghalang segala kemungkinan berlakunya kebangkitan dan penyatuan  ummat Islam di bawah Kerajaan (Mulkan) Othmaniah Turkey.


Apabila kesatuan ummat terbentuk Struktur Khilafat juga akan terbentuk.

Pihak musuh khuatir, bangkitnya kembali Khalifah atas Manhaj AnNubuah bermula dari kerajaan Othmaniah.


RINGKASAN AGENDA MEMBABITKAN TURKEY KEKANCAH PERANG DUNIA PERTAMA


Mewujudkan Persengketaan di antara dua kuasa besar yang bergabung mampu mengheret Turkey terbabit di dalam agenda tersebut. Perang Dunia Pertama terjadi disebabkan tindakbalas Austria-Hungary kerana terperdaya dengan agenda pembunuhan Putera Mahkota (Pewaris Tahta Pemerintahan) negaranya. Austria bersatu dengan Jerman untuk menyerang Serbia sebagai tidak balas sehingga mencetuskan Perang. Lantas Bulgaria juga terbabit memihak kepada Ausria begitu jugalah Turkey terjebak sama kerana ada perikatan dengan Jerman. Perlu kita sedar kerajaan Austria dan Jerman ketika itu merupakan dua buah empayar yang besar seperti Kerajaan Othmaniah di Eropah. 


Manakala di pihak lain Amerika, Rusia, Perancis, United Kingdom, Kanada dan Italy berpihak kepada Serbia membentuk Perikatan Bersatu. Agenda terancang ini mengakibatkan bermulanya Perang Dunia Pertama 1914 dan berakhir 1918. Pihak Jerman terpaksa menanggung kerugian besar dengan menandatangani Persetiaan Versailles pada Jun 1919. Namun Peperangan dengan Kerajaan Othmaniah hanya dihentikan setelah Kerajaan Othmaniah Turkey bersedia menandatangani Perjanjian Serves 1920.


PERJANJIAN YANG TERANCANG UNTUK PERSIAPAN PERANG DUNIA KE 3


Merujuk kepada isi dan maksud perjanjian Serves itu, ianya jelas untuk melumpuhkan perkembangan dan kekuatan Turkey. Manakala tempoh 100 tahun yakni tammat perjanjian tersebut pada tahun 2021 Masehi merupakan perangkap untuk menjebakkan kembali Turkey ke dalam Perang Dunia ke3. Turkey akan membina semula empayar dari wilayah yang telah dilepaskan. Mesir, Arab Saudi, Syria, Lubnan, Iraq, Iran, negara negara Balkan merupakan wilayah empayar Turkey yang telah dilepaskan semasa Perjanjian Servez tersebut. (rujuk Artikel Perang Dunia 1 dan Perjanjian Damai)


Tidak mungkin seluruh wilayah ini akan bersatu kembali untuk tunduk semula kepada Turkey. Sebaliknya negara negara tersebut akan membentuk sebuah kesatuan bagi menghalang Turkey kembali menguasai mereka. Inilah bentuk perpecahan yang diinginkan oleh musuh apabila kebangkitan Turkey yang telah dijadualkan dapat dimanipulasikan sebagai pemicu perang atau Pra Perang Dunia pada 2021 yakni seratus tahun dari 1920.


MEMUSNAHKAN SEMUA YANG MEWUJUDKAN KESATUAN UMMAT


Kekuatan sebenar ummat Islam adalah penyatuan di bawah Pemerintahan Khilafah. Sekiranya kebangkitan semula sistem khilafat terjadi, ianya mampu menggugat usaha musuh membuat persiapan kedatangan Dajjal. Khalifah ummat Islam yang terakhir adalah seorang mujaddid yang dikenali sebagai AlMahdi. Kebangkitan semula ummat berlaku setiap awal seratus tahun dengan kemunculan seorang mujaddid. Maka mujaddid seratus tahun sebelum AlMahdi perlu mereka hapuskan. Oleh kerana itulah Kerajaan Othmaniah Turkey perlu dijatuhkan sebelum menjelang tahun 1920an. Perancangan tersebut berdasarkan  jangkakan Yahudi bahawa kemunculan Dajjal pada 2030 yang mereka anggap sebagai "The New Melenium". (namun Dajjal terpaksa muncul setahun lebih awal dari jangkaan mereka, perkara ini akan diulas kemudian insyaAllah).


Namun ketentuan Allah berlaku sebaliknya, kejatuhan Kerajaan Turkey Othmaniah (Mulkan Jabbariyah) itulah merupakan tanda kebangkitan Khalifah atas Manhaj AnNubuah. Seorang mujaddid baru tetap diutuskan Allah ketika runtuhnya agama setiap awal seratus tahun. (perkara ini akan diulas kemudian insyaAllah).


PERANG DUNIA KEDUA UNTUK MENYEDIAKAN MEDAN 


Perang Dunia Kedua adalah kesinambungan bagi melengkapi persiapan Perang Dunia Ketiga. Setelah usaha terhadap empayar Othmaniah Turkey berjaya dilakukan, medan untuk memulakan Pra Perang Dunia Ketiga perlu diujudkan. Medan Perang Dunia Ketiga yang menjadi pilihan adalah di Timur Tengah. Kepentingan Palestine adalah untuk mengawal semua urus tadbir di Timur Tengah. Segala galanya termasuklah militer, ekonomi, hasil bumi, politik, sosial budaya, dan terutama sekali sebagai pemicu Perang Dunia Ketiga. Baitul Maqdis perlu ditawan   sebagai salah satu pemicu Perang Dunia Ke3. Untuk perkara itulah Palestine perlu diambil dengan menjadikan Bangsa Yahudi dijadikan alasan. 


Alasan mereka bahawa Palestine adalah tempat asal bangsa Yahudi, maka perlu diberikan penempatan kembali tanah tersebut kepada Bangsa Yahudi. Tragedi pembunuhan sebahagian Bangsa Yahudi oleh Hitler yang juga berketurunan Yahudi sebagai jalan pemaksa agar seluruh Yahudi berpindah ke Palestin. Ianya hanya dijadikan sebuah alasan sehingga akhirnya Palestin akan tinggal nama dalam kenangan bukan di dalam peta. 


Begitu juga Penubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) diciptakan selepas Perang Dunia Kedua untuk "meluluskan" maksud tersebut. Apa sahaja keputusan yang diambil akan dituruti dan sekiranya terdapat pihak yang tidak bersetuju PBB akan memainkan peranannya. PBB adalah kesatuan dari kuasa veto yang terdiri dari Pihak Bersekutu yang merealisasikan Perang Dunia Pertama dan Kedua.


AGENDA SULIT DISETIAP PERANG DUNIA 


Selepas Perang Dunia Pertama diujudkan dua kuasa Besar, sebuah pihak pembawa ideologi Kapitalis dan satu lagi membawa ideologi Komunis. Dua Kuasa besar ini tindakkannya seolah olah mahu bersaing dan berperang, namun disebalik setiap tindakkan tersebut maksud mereka adalah sama. Amerika membawa pendekatan kapatalisme sedangkan fahaman komunisme dibawa oleh Russia kemudian diikuti oleh China.


Setelah Perang Dunia, kedua dua pihak yang asalnya merupakan Pakatan Bersekutu, namun berubah menjadi "Seteru". Persengketaan dengan nama "Perang Dingin" untuk menyembunyikan maksud sebenar mereka yang tetap sama. Dua kuasa besar yang menjadi kuasa veto yang bersedia untuk dimanipulasikan bagi memainkan peranan di dalam semua aspek persiapan untuk Perang Dunia Ketiga. 


AGENDA 2021 PRA PERANG DUNIA KETIGA


Krisis di Palestina dan Syam dijadikan umpan untuk membangkitkan semula Turkey. Ianya seperti bom jangka yang senantiasa ditingkatkan keaktifan sehingga tiba masanya pada 2021 akan diletupkan untuk memulakan Pra Perang Dunia Ketiga. 


Seperti mana pada perang dunia Pertama dan Kedua, rencana mewujudkan dua golongan besar yang berperang supaya keduanya dapat dimanipulasikan bagi mengheret mana mana negara agar turut terlibat. Kaedah  yang sama diterapkan ke dalam Pra Perang Dunia Ketiga. Dua peneraju kekuatan tersebut telah dijelaskan sebelumnya. Kedua dua idealogy inilah yang dibina sebagai dua buah kuasa besar, satunya akan memihak kepada kebangkitan semula Turkey manakala pihak satu lagi menyokong negara Islam yang bertentangan dengan Turkey. Kedua idealogi ini berfungsi sebagai pemisah terjadinya penyatuan ummat Islam. 


Turkey ingin mengembalikan semula kegemilang Empayar Othmaniyah, perkara ini tidak dapat dinafikan. Malah pemerintah tertinggi Turkey sendiri mengistiharkannya. Pembukaan Al Quds (Baitul Maqdis) adalah tanda Khalifah ummat kembali untuk menyatukan dunia Islam. Pembukaan Al Quds adalah pembukaan sepenuhnya untuk dimakmurkan oleh ummat Islam. Sebaliknya kejatuhan Al Quds adalah tanda jatuhnya kekuatan ummat Islam keseluruhannya. Al Quds akan dibukakan pada tahun 2022. Namun bukan Turkey yang mampu membuka semula Al Quds. Sekiranya Turkey bergerak kepada itu Turkey akan mengalami kejatuhan. Kejatuhan yang telah siap dirancang oleh musuh musuh Islam. Turkey jatuh kerana terjebak semula di dalam agenda Perang Dunia ini.


MAKSUD MEDAN PERANG YANG DISEDIAKAN


Dua kuasa besar kelihatan mahu berperang namun sebenarnya mereka mengadu domba agar ummat Islam berperang antara sesama sendiri. Malah  perseketaan antara dua kelompok Islam itulah yang akan dijadikan sebagai medan Perang Dunia Ketiga. Kesemua medan tempur itu adalah wilayah Islam. "Perancang Dunia Baru" sedang mengatur kesemua ini.


Disebarkan berita persengketaan untuk perang antara dua negara, sehinggakan kedua dua pihak menghantar kekuatan ketenteraan untuk menghadapi persengketaan itu. Namun seluruh destinasi militer yang dihantar keseluruhan adalah lokasi strategik yang mengelilingi wilayah Islam. Sedarlah wahai ummat Islam kepungan ini telah sempurna hanya menunggu masa. Kesemua ini akan jelas apabila bermulanya "Pra Perang Dunia" pada separuh terakhir tahun ini.


Maksud "Medan Perang" adalah walaupun dua kuasa besar berperang, namun akibat kerosakkan perang adalah medan perang bukannya kedua dua kuasa besar tersebut. Tiada berlaku pertempuran di  negara kedua dua kuasa besar tersebut, sebaliknya pertempuran harus berlaku hanya di medan tepur.  Wilayah wilayah Arab akan banyak yang musnah, terutamanya Arab Saudi akan jatuh kerana ini.


PERANCANGAN DAN MAKSUD TERSELINDUNG  PRA PERANG DUNIA


Secara umum dunia tidak menyedari tujuan sebenar disebalik Pra Perang Dunia. Yakni sebuah Peperangan sebelum Perang Dunia Ketiga dilancarkan. Tujuan utama Pra Perang Dunia untuk mengenal pasti lalu menghapuskan kebangkitan golongan yang dipimpin oleh khalifah yang akan menyerahkan urusan kepimpinan tersebut kepada AlMahdi. Inilah sasaran utama yang perlu dihapuskan oleh pihak musuh. Ini kerana kebangkitan golongan ini akan mengancam seluruh sistem yang dibangunkan hampir seribu tahun semenjak kejatuhan Kerajaan Islam di Cordova Spanyol pada tahun 1031 M.


Kebangkitan Islam yang menjadi pandangan mereka bukan sahaja di Syam namun tumpuan mereka adalah Wilayah Timur dan Wilayah Khurasan. Perkara yang berlaku di Syam sudah sedia maklum dan tidak perlu dilanjutkan lagi, insyaAllah suatu hari akan ditaklukan semula oleh "Sang Penakhluk", bermula tahun 2022. Namun kebangkitan "Sang Penakhluk" itulah yang sangat diperhatikan oleh musuh Islam.


KEBANGKITAN DARI TIMUR


Perkara yang dirisaukan oleh musuh Islam lainnya adalah kebangkitan dari Timur. Pada peringkat awal, "Pengatur Dunia Baru" menganggap kebangkitan di Timur adalah dari Wilayah Nusantara. Lantas wilayah ini telah diperangi selama ratusan tahun oleh The Union Jack (Kesatuan Keturunan Yaakob, Jack itu merujuk kepada Nabi Yaakob) atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Bani Israel. Kesatuan ummat di Timur dipecah pecahkan kepada beberapa sempadan negara. Ummat Islam dapat dengan mudah dipecahkan oleh "Garisan" peta. Tanpa rakyat sedari tarikh kemerdekaan setiap negara tersebut merupakan tarikh negara itu mula dijajah kerana menerima perjanjian penjajahan. Mereka membebas negara tersebut dari ketaaan kepada aturcara Islam dan tunduk dengan cara dan mengakui  undang undang mereka. Cara dan Undang undang inilah diatur oleh "Vatican" untuk mengekang kebangkitan ummat Islam. Kemerdekaan yang telah dirancangkan agar ianya tidak disedari sedangkan "Cantus" dapat berfungsi sebagai penggerak untuk merealisasikan maksud "Benedictine Order".


KEMUNCULAN PAKISTAN TIDAK DIDUGA


Namun setelah munculnya Pakistan pada tahun 1947, bentuk perancangan mereka telah berubah. Ini kerana kemunculan Pakistan berlaku selepas   Perancangan 3 Perang Dunia pada sekitar 1870-1871 tersebut. Agenda sulit yang lain terpaksa dilakukan untuk menjadikan Pakistan sebuah "Negara Pengganas Islam. Alasan inilah yang akan digunakan untuk meluluskan "Polis Dunia" agar dapat menyerang Pakistan dengan alasan Pakistan membantu pengganas sesuai dengan jadual yang mereka susun. 


KEJADIAN DI AFGHANISTAN ADALAH SEBUAH AGENDA SULIT


Bagi memastikan perkara ini terjadi, Afghanistan dijadikan alat manipulasi untuk persediaan menghadapi kebangkitan di Pakistan. Perancangan ini bermula dengan kemasukkan Soviet Union ke dalam wilayah Afghanistan pada 23 Disember 1979. Pencerobohan Russia hanyalah pemula, sedangkan penglibatan Amerika adalah pelaksana agenda sulit tersebut. Seterusnya wujudlah golongan yang akan memperjuangkan hak kenegaraan dan maruah Islam. Golongan asal perjuangannya murni, memperjuangkan hak mereka sebagai Muslim Afghanistan. Awalnya mereka dikenali sebagai pejuang Mujahiddin. Namun dengan sengaja diberikan identiti  "Pejuang Taliban" (sesuai dengan asalnya mereka adalah pelajar dan bekas pelajar) supaya kemunculannya dapat dikenalkan ke seluruh dunia. Secara berperingkat nama tersebut berubah sesuai dengan acuan yang dibawakan. Nama ini membawa kepentingan yang besar agar dapat dimanipulasikan untuk tujuan tertentu. Bermula dari Mujahiddin kemudian Talibban selanjutnya alQaeda, dan seterusnya terus berkembang menjadi pelbagai organisasi. Golongan-golongan tersebut akhirnya dianggap organisasi "Terrorist" oleh pandangan mata dunia. Semua ini merupakan rancangan sulit CIA, sebuah agensi sulit Amerika yang bergerak dibelakang tabir sebagai penaja sepenuhnya untuk merubah fahaman dan maksud asal perjuangan. Setelah maksud tujuan ini tercapai barulah Soviet Union mengangkat kaki keluar dari Afghanistan pada 1989 dengan alasan USSR menghadapi krisis. (rujuk Artikel Agenda Rahsia Di Khurasan)


Pakistan juga pernah membantu pejuang pejuang ini atas dasar mempertahan Islam malah untuk menghalang kemaraan Russia ke sempadan Pakistan. Tindakkan kerajaan Pakistan tersebut akan dijadikan alasan bahawa Pakistan akan dikaitkan dengan membantu terrorist. Semua ini dirancang dengan sempurna dengan mewujudkan kebangkitan pejuang pejuang Islam yang dibantu oleh Pakistan kemudian dilabelkan sebagai pengganas. Akhirnya Pakistan akan terperangkap di dalam perancangan ini dan tidak dapat lari dari terseret ke dalam kancah peperangan. 


Apabila ummat Islam tidak sedar akan peringatan ini, Kerajaan Turkey, Kerajaan Arab dan Kerajaan Pakistan akan jatuh. Ketiga tiga kerajaan ini merupakan antara kerajaan Islam yang mempunyai kekuatan ketenteraan melebihi dari negara negara Islam yang lain. Sekiranya ketiga tiga negara ini berjaya ditumbangkan oleh musuh Islam, seluruh kekuatan yang lain akan lebih mudah ditumbangkan oleh mereka.


MAKSUD UTAMA PRA PERANG DUNIA KETIGA.


Tujuan Pra Perang Dunia Ketiga  meruntuhkan Kerajaan Islam sebenarnya untuk membangkitkan semangat bagi tercetusnya Peperangan Agama. Apabila kejatuhan kerajaan kerajaan Islam seperti Turkey, negara Arab, dan Pakistan sudah runtuh , ianya menunjukkan kekuatan dan perpaduan ummat Islam telah lemah. Kejatuhan tersebut itulah  perangsang untuk membangkitkan semangat untuk menghapuskan Islam di seluruh dunia oleh musuh musuh Islam.


Sasaran sebenar untuk mewujudkan perang antara agama adalah di India. Penduduk Majoriti Hindu akan dimanipulasikan untuk menyerang  penduduk minoriti Islam di India. Jumlah populasi penduduk Islam di India sekitar 195 Juta, manakala keseluruhan populasi penduduk beragama Hindu sekitar 1.2 billion. Populasi penduduk Islam berada di benua Hind yakni sekitar 550 juta merupakan sepertiga dari keseluruhan ummat Islam seluruh dunia.  Penduduk Islam di India dirancang untuk dihabisi sepenuhnya, sekiranya berjaya peperang Agama akan merebak ke seluruh wilayah Hind. Semangat untuk mencetuskan perang antara agama sudah dicanangkan pada awal 2020 di India.


Menghapuskan warga awam tidak dibenarkan dilakukan oleh mana mana kerajaan. Maka memanipulasi agama perlu dilakukan semasa "Perancangan Perang Dunia" . Maka Negara Kuasa Besar tidak terbabit di dalam kancah peperangan dan tidak dapat dipersalahkan. Peperangan di India tidak dapat dielakkan ianya adalah maksud utama Pra Perang Dunia Ketiga kerana terdapat agenda sulit disebalik menghapuskan penduduk Islam di India.


"Agenda untuk menghapuskan usaha agama yang dipimpin oleh pentadbiran Khalifah yang berpusat di Nizamuddin, India. Khilafat yang telah bergerak hampir seratus tahun ini mampu mentadbir sebahagian besar ummat Islam diseluruh dunia. Sistem inilah yang perlu mereka hapuskan sebelum Perang Dunia Ketiga dapat dimulakan. Peperangan Agama di Wilayah Hind inilah dinamakan sebagai Ghazwa Hind. (rujuk Artikel Ghazwa Hind?)

STRUKTUR KHALIFAH ATAS MANHAJ ANNUBUAH SUDAH HAMPIR 100 TAHUN


Seluruh ummat Islam seharusnya sedar dan bersatu di bawah pimpinan Khalifah. Struktur Khilafat ini sudah dibentuk dan dibangunkan hampir seratus tahun, oleh seorang mujaddid. Namun ianya masih kelihatan asing malah janggal pada pandangan ummat Islam kini. Kini telah terbina sebuah golongan yang dipimpin oleh pentadbiran khilafat yang menegakkan kembali "Manhaj anNubuah". Khalifah yang memimpin usaha tersebut telah silih berganti sehinggalah kini dipimpin oleh Khalifah ke11 yang merupakan Bani Tamim.

Golongan yang dibangunkan dan dipimpin oleh khalifah ini tidak membawa senjata atau bersiap sedia dengan kelengkapan perang. Hanya berusaha menyakinkan ummat Islam bahawa bantuan Allah akan datang kembali kepada ummat ini sekiranya Cara Kerja Rasullullah saw dapat dipikul oleh ummat ini secara ijtimai. Selagi golongan ini tidak diperangi selagi itulah ianya akan bergerak untuk  menyedarkan ummat tentang Manhaj (kepentingan Cara Kerja) Rasullullah saw.  Setelah golongan ini diperangi, barulah golongan ini akan berubah tertib kerana mempertahankan Islam. 


KEMENANGAN GHAZWA HIND 


Musuh Islam sangat khuatir akan usaha ini, kerana itulah ianya mesti diperangi. Memerangi golongan tersebut bererti berperang dengan Allah. Allah menjanjikan kemenangan sekiranya golongan ini diperangi. Sekali ianya sudah berubah tertib, dengan mengibarkan "Panji Hitam" tiada yang akan dapat mengalahkannya. Panji Hitam (kepimpinan) ini kemudiannya akan diserahkan kepada Khalifah alMahdi. Kemengangan di Ghazwa Hind merupakan bukti kebenaran yang dibawa oleh golongan tersebut yang disebutkan alMansurah (Golongan Yang Dibantu). Tiada mana mana negara walau kuasa besar pun yang dapat mengalahkannya. Seterusnya atas pimpinan khalifah, sebuah pasukkan akan membuka semula Baitul Maqdis sekitar tahun 2022. Pembukaan ini tanda struktur khilafat ini benar telah wujud dan merupakan satu satunya jalan keluar bagi semua masalah ummat.


MUNCULNYA PAKISTAN BARU


Setelah Kemenangan di Ghazwa Hind dan kejayaan ummat Islam membuka Baitul Maqdis, India akan diserapkan ke dalam Pakistan. Wilayah Pakistan akan meluas membentuk Empayar Pakistan Baru, meliputi Afghanistan dan Bangladesh. Kepimpinan Khalifah akan terbentuk di Baitul Maqdis, manakala Pakistan Baru akan membangun seperti mana kehendak Rasullullah saw oleh seorang "Mujaddid". Mujaddid inilah yang mampu membangunkan "Negara Islam" sebenar sebagai contoh untuk menarik setiap negara Islam lainnya mengikat perjanjian, bekerjasama dan mengikuti jejak Pakistan Baru.

 
Ketika itu sepatutnya seluruh ummat Islam perlu dipindahkan atau berusaha berhijrah ke Pakistan Baru kerana wilayah tersebut akan selamat dari fitnah yang lebih besar. Manakala Pemimpin Kerajaan dari negara Islam lain perlu berusaha dan memudahkan urusan  penghijrahan rakyatnya yang bersedia berpindah ke Pakistan Baru. Keterbukaan untuk itu akan wujud, insyaAllah. Apabila perkara ini dilakukan kesatuan ummat Islam seluruh dunia akan terbentuk semula.

Ketika keadaan ini berlaku Rum Russia juga akan membuat perjanjian dengan Pemimpin Pakistan Baru sekitar 2023.

Keadaan ini akan membuatkan "Pengatur Dunia Baru" yang merancang untuk meneruskan usaha menghapuskan negara negara Islam terpaksa terhenti. Keadaan "Tenang Perang" ini berlangsung sekitar tiga atau empat tahun. 


PERANG SARAF TEKANAN KE ARAH PERANG ALAF BARU 


Perang Saraf telah bermula pada tahun 2020 sebagai persediaan kegagalan rancangan di dalam Pra Perang Dunia Ketiga. Walaupun tempoh "Tenang Perang" berlangsung, perang saraf akan tetap berterusan. Perang Saraf kini sedang berjalan, namun hanya disedari oleh sebahagian kecil manusia. Perang saraf dilancarkan sebelum mana mana perang besar meletus, cuma bentuk dan caranya berbeza. Tidak seperti perang konventional perang saraf bertujuan untuk menimbulkan kecelaruan di seluruh dunia.

 
Perang saraf adalah senjata psikologi untuk mengubah dan memanipulasi minda manusia secara keseluruhan.  Kini perang saraf dilancarkan untuk menimbulkan ketidak stabilan pemerintahan dan ketidak percayaan rakyat kepada pemerintah.


Peringkat pertama perang saraf untuk mewujudkan ketakutan dan kekeliruan di dalam kalangan seluruh manusia. Ketakutan inilah yang menyebabkan keupayaan daya fikir manusia secara umum akan terencat. Perang saraf yang pertama dilancarkan pada 2020 berupa "Fitnah Penyakit Dan Hospitaliti".  Fitnah ini telah dikembalikan semula, setelah ummat disedarkan oleh Rasullullah bahawa "penyakit itu ada, namun yang tiada itu jangkitan penyakit". Jangkitan atau Pandemik Penyakit dibandingkan dengan Thaun itu berbeza. Keyakinan jahilliyah terhadap adanya jangkitan pandemik dikembalikan semula sehingga seluruh ummat termasuklah golongan cerdik pandai juga jadi keliru. 

 
Perang saraf kedua untuk menjatuhkan pertumbuhan ekonomi seluruh dunia supaya terjebak dengan hutang, ianya akan menyebabkan negara negara kecil menjadi lemah. Susulan seterusnya adalah kejatuhan "Nilai Mata Wang". Setiap negara yang Mata Wangnya tidak disandarkan dengan komoditi seperti emas atau perak akan mengalami impak besar atau ancaman muflis. Keruntuhan ekonomi menyebabkan persiapan untuk membina kekuatan ketenteraan akan terhad dan mula bergantung dan kepada kuasa besar. 


Perang Saraf Ketiga adalah membentuk minda masyarakat terhadap kepentingan menanamkan sintatik ke dalam tubuh manusia dan sistem Radio Frequency Identification Data (RFID). Ianya bertujuan agar manusia terus bergantung harap "kepadanya" untuk terus hidup.  Setiap pergerakkan manusia juga dapat dipantau dengannya pihak "Pengatur Dunia Baru" mampu menjangkakan pergerakan setiap manusia menggunakan Artificial Inteligence (AI).


Perang Saraf Keempat adalah meningkatkan peredaran atau tranmisi data dan kepentingan teknologi data. Maka penyelesaiannya supaya merubah kepada Teknologi Generasi ke5 (5G), dengan infrastruktur Menara Pemancar 5G dapat disempurnakan menjelang tahun 2025.


KRISIS DUNIA MENJELANG PERANG ALAF BARU.


Krisis dibuat semata mata untuk meningkatkan tekanan kehidupan sehingga menjadi sangat tertekan dan terdesak. Tiada istilah zon selesa di zaman ini, malah tekanan kehidupan akan terus meningkat. Keadaan terdesak inilah yang akan membuatkan manusia terpaksa tunduk. Maksud Perang Dunia Ke3 adalah untuk menguasai seluruh manusia supaya tunduk di bawah Undang Undang Baru Dunia. Institusi semua agama dan perundangan akan disatukan. Manusia yang masih beragama selain dari "Agama dan Undang Undang Baru" tersebut seperti Islam dan Kristian akan dianggap musuh.


Apabila semua manusia atau hampir keseluruhan manusia telah disediakan,  kejayaan Perang Saraf berada di kemuncaknya. Maka Peperangan Alaf Baru akan bergerak dengan lancar selewat lewatnya tahun 2026. 


BERMULANYA PERANG DUNIA KETIGA  SELEWATNYA 2026


Perang Dunia Ketiga berbeza dengan Perang Dunia Pertama, Kedua dan Pra Perang Dunia Ketiga. Perang Dunia Ketiga adalah peperangan Alaf Baru yang tiada bentuk peperangan seperti itu sebelumnya. Ianya merupakan peperangan yang sepenuhnya  menggunakan Teknologi. Ianya dilancarkan serentak dengan serangan kemarau panjang bermula 2026.


KEMARAU PANJANG SELAMA TIGA TAHUN BERTURUT TURUT


Sekitar tahun 2026 merupakan permulaan kemarau panjang yang akan melanda seluruh dunia. Kemarau ini merupakan kesan dari cuaca buatan yang diizinkan Allah berlaku. Ianya berlanjutan sehingga munculnya Dajjal sekitar 3 tahun kemudian. Keadaan terdesak inilah yang akan menyebabkan manusia semakin lemah, kebuluran dan terpaksa bergantung kepada negara yang menguasai sumber makanan dan minuman. 


KEHANCURAN BESAR BESARAN UMMAT ISLAM BERMULA


Peringkat pertama Perang Dunia Ketiga ini akan menyebabkan kemusnahan ummat Islam di dalam skala yang besar di 3 wilayah. Ianya disebutkan sebagai Fitnah alFana (Kebinasaan) atau lebih dikenali sebagai 3 tanda besar Qiamat. Pertama Keruntuhan di Timur, kedua Keruntuhan di Barat dan ketiga Keruntuhan di Timur Tengah. Keruntuhan ummat Islam yang pertama ini disebabkan oleh Fitnah Fanar dari Timur. 


Fitnah Fanar yang penyebabnya adalah "Menara Pemancar" kerana fanar itu merujuk kepada "Menara Pemancar (Gelombang) Isyarat". Kesemua ini dikawal seliakan oleh sistem "Super Artifial Intelligent" (SAI). Fitnah Fanar akan menyebabkan manusia saling berbunuhan kerana ketakutan yang berlebihan. Ketakutan meningkat di kalangan manusia, kesan gelombang frekuensi dari Menara Pemancar 5G. Sintatik yang ditanamkan sebelum ini akan bertindak aktif untuk meransang hormon manusia. Kehadiran robot seperti drone pemantau atau pembunuh akan berkeliaran di setiap wilayah yang dikuasai freukensi 5G.

 
Mana mana negara yang keciciran untuk membangunkan teknologi akan dianggap ketinggalan dan lemah sehingga  diancam kehancuran, malah kekalahan lebih memihak kepadanya. Sebaliknya mana mana negara yang mengikuti pembangunan teknologi tersebut, yang terancam adalah rakyat.


PUSAT FITNAH ITU DI TIMUR


Kesemuanya ini sedang dipersiapkan dan  pusat dibangunkan teknologi ini adalah China. Pelaburan yang besar sedang diarahkan kepada China, malah China akan menguasai sebahagian besar dari kekuatan ekonomi. Semua negara seolah olah terpaksa memilih untuk mengikuti perkembangan kemajuan untuk selamat sedangkan sebenarnya menuju ke jurang kehancuran. Kesemua agenda perang sebelumnya semata mata untuk menutupi usaha yang dibangunkan oleh China. Seluruh dunia memandang ke Timur Tengah, namun serangan atau fitnah besar pusatnya adalah di Timur dan wilayah sasaran pertama juga di Timur.


FITNAH PERTAMA BERMULA DARI TIMUR


Keruntuhan akibat kehancuran Ummat Islam yang pertama akan bermula dari wilayah Islam di Timur. Indonesia, Malaysia dan Brunei merupakan sasaran utama musuh. Inilah wilayah atau bangsa yang perlu dibinasakan atau ditakluki sepenuhnya sebelum menguasai wilayah lainnya. Tiada siapa yang terlepas dari fitnah ini kerana kesemuanya mampu dikesan kedudukkan dan termasuklah segala pergerakkannya. Ianya seperti sebuah perangkap besar yang memaksa setiap individu membuat pilihan samada taat Perundangan Baru atau bersedia untuk dihapuskan kerana dianggap sebagai "Pengganas". 
"Pengganas" atau "Perosak" ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang  menentang "Sistem Perundangan Baru Dunia". Setiap individu yang disyaki sebagai "Pengganas" akan menjadi buruan. Sesiapa yang terlewat berhijrah ke "Pakistan Baru" sebelum tahun 2025,  akan terancam dan terpaksa lari ke kawasan pergununan atau pendalaman untuk menyelamatkan iman mereka.

 
Namun sebahagian besar ummat Islam akan lebih memilih untuk kekal di bandar besar kerana sudah terikat dengan  kemudahan dan teknologi. Ujian berat bagi yang masih berada di wilayah jangkauan "Fanar" samada mati dibunuh atau terpaksa menerima "Perundangan Baru" tersebut. Mereka yang menerima Perundangan tersebut perlu bersedia membunuh setiap "Perosak". Tekanan demi tekanan dilancarkan secara berterusan supaya rasional naluri sebagai manusia semakin hilang atau rosak. Perkara ini sudah mula dirasakan bahangnya, tanda ianya semakin hampir.
Tekanan demi tekanan semakin bertambah dan berterusan berlaku, sehingga mencapai kemuncaknya menyebabkan manusia akan saling berbunuhan. Ummat Islam juga turut terkesan dengan fitnah ini, timbul kecenderungan untuk membunuh namun tidak tahu alasan yang sebenar kenapa harus membunuh.

 
Inilah zaman ummat Islam menjadi kafir kerana saling membunuh sesama muslim. Paginya walaupun beriman petangnya sudah terkesan dengan fitnah lalu kafir kerana membunuh walaupun hanya seorang muslim. Teknologi untuk mewujudkan fenomena ini merupakan sebahagian dari senjata Perang Alaf Baru.


FITNAH BERLANJUTAN KE WILAYAH ISLAM DI BARAT


Kejayaan yang berlaku di wilayah Islam di Timur akan berlanjutan sehingga ke wilayah Islam kedua di bahagian Barat di Benua Afrika. Teknologi yang sama kini sedang dibangunkan oleh China di Benua Afrika. Pengkalan militer China juga sedang dibangunkan di Afrika, kebanyakkan lokasinya bersebelahan dengan Laut Merah. Dunia sekarang sudah maklum bagaimana China membangunkan benua Afrika berserta dengan keupayaan pengkalan tenteranya. Keruntuhan dan kebinasaan ummat Islam di wilayah Barat lebih parah dari di Timur. China juga akan menguasai wilayah wilayah di Benua Afrika.


Keruntuhan ummat Islam yang besar berlaku di zaman ini. Mereka yang menjaga imannya akan dibunuh sedangkan yang dibiarkan hidup merupakan golongan yang sanggup murtad atau menjadi kafir kerana membunuh. Kemusnahan dari serangan seperti ini lebih efektif, merbahaya dan lebih berkesan dari penggunaan ledakkan nuklear. Sasaran dapat ditentukan dengan tepat tanpa membahayakan penyerang dan tiada kesan radiasi yang tinggi berbanding nuklear. Wilayah sasaran dapat ditawan dengan mudah dengan tidak perlu memusnahkan wilayah yang mahu dijajah supaya sumbernya dapat dikuasai. Sebahagian besar atau hampir separuh ummat Islam akan dihancurkan  sekiranya kedua dua wilayah Timur dan Barat ini dilanda fitnah alFana. Sisanya yang selamat lari ke pendalaman atau pergunungan.


KERUNTUHAN KETIGA DI TIMUR TENGAH


Sasaran terakhir adalah wilayah ummat Islam ketiga di Timur Tengah, di Jazirah Arab, Syam dan Iraq. Kerosakkan fitnah yang berlaku di Timur tengah lebih dasyat dari di Timur dan di Barat. Kemunculan golongan khawarij di wilayah ini lebih memarahkan keadaan. Golongan ini membentuk kepimpinan tersendiri dan wilayah yang tersendiri lalu menganggap mereka adalah tentera alMahdi, sedangkan mereka sebenarnya adalah khawarij. Merekalah yang akan menguasai banyak wilayah di Jazirah Arab setelah runtuhnya Kerajaan Arab akibat Pra Perang Dunia Ketiga. Tentera mereka dikenali sebagai AsSufiani. Mereka akan menyiksa, membunuh malah sanggup membelah perut wanita yang mengandung semata mata untuk mencari alMahdi yang sebenar. Makkah dan Madinah juga tidak terlepas dari fitnah ini sehingga Madinah akan kosong dan burung hering berlegar di atas kota Madinah.
Ketiga tiga keruntuhan atau kemusnahan besar ummat Islam ini bukanlah dengan berperang melawan orang kafir. Namun setiap ummat Islam dijadikan senjata oleh musuh Islam untuk menghapuskan ummat Islam itu sendiri. Kesemua zaman ini dinamakan zaman alHaraj, zaman pembunuhan, pembunuhan dan pembunuhan.


ZAMAN KEGELAPAN UMMAT ISLAM BERLAKU SEKITAR SETAHUN.


Ummat Islam semakin kecelaruan kerana ulama akan wafat satu persatu sehingga tiada lagi tinggal ulama yang haq. Zaman ini dikenali sebagai zaman diangkatnya ilmu, kerana kebanyakkan dari ulama yang masih tersisa akan turut terbunuh atau dibunuh. Golongan pembunuh elit akan muncul semula lengkap serba hitam, mereka dinamakan AswadusSubba. Seseorang yang dianggap sebagai ulama ketika zaman tersebut, tiada kefahaman agama sehingga dirinya sesat malah akan menyesatkan lebih ramai lagi ummat Islam. Zaman Pimpinan Kesesatan ini dinamakan Ruwaibidhah.

 
Selepas ilmu dianggkat ummat Islam akan mengalami Zaman kegelapan selama satu tahun bermula sekitar tahun 2027. Ummat Islam tidak akan kalah sekiranya diserang musuh semasa adanya khalifah, namun ummat Islam akan binasa kerana berperang sesama sendiri. Malah Khalifah ummat ke11 juga akan dibunuh oleh orang Islam sendiri. Inilah sebuah kejayaan besar musuh Islam. Kebinasaan kerana dibunuh atau kehancuran kerana murtad atau kafir.


KEMUNCAK KEMUSNAHAN SEHINGGA SELURUH DUNIA DISELAPUTI PARTIKEL DEBU 


Zaman kehancuran ummat islam ini digunakan sepenuhnya oleh musuh Islam untuk bertindak memusnahkan ummat Islam. Umat Islam tidak akan dapat dikalahkan ketika ianya bersatu itulah janji Allah, namun keingkaran ummat Islam untuk menerima kesatuan di bawah khalifah Islam yang kesebelas menyebabkan ummat ini dapat dimusnahkan. Dikemuncak penyesalan dan penderitaan inilah, seluruh ummat Islam dahagakan kemunculan khalifah terakhir.


Namun sebelum kemunculan semula khalifah terakhir itu, seluruh dunia akan merasakan sebuah ledakkan dalam skala yang sangat besar  yang menyebabkan berlakunya debu yang menyelaputi bumi, perkara inilah yang dinamakan adDukhan. Letupan ini akan berlaku di Timur Tengah lebih khusus berlaku di Bumi Syam yakni Palestin. Ianya adalah sebuah usaha untuk menghabisi Syam secara keseluruhan kerana Syam merupakan kubu terakhir ummat Islam di akhir Zaman.


KEMUNCULAN KHALIFAH AL MAHDI


Penderitaan ummat ini akan mendorong kemunculan AlMahdi sekitar 2028. Seorang pemimpin yang juga seorang mujaddid yang akan meyempurnakan kembali struktur Pemerintahan Rasullullah (Manhaj anNubuah) akan berhijrah dengan sebuah pasukkan ke Madinah, kemudian dari Madinah menuju ke Makkah.

 
Sebelum diangkat sebagai khalifah beliau telah menjadi mujaddid terlebih dahulu. Kini beliau bersama sama dengan kita semua. Namun kehadiran beliau sebagai mujaddid tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ummat Islam. Sama seperti khalifah dan mujaddid sebelum beliau. Kemunculan beliau sebagai mujaddid bermula pada tahun 2015. Tempoh 13 tahun adalah tugas beliau untuk membuat persiapan sebelum 2028.


Tentera AsSufiani tidak tinggal diam apabila kehadiran beliau diketahui. Sebuah pasukkan dikirimkan untuk memburu dan seterusnya membunuh calon pemimpin tersebut. Seterusnya apabila pasukkan tersebut tiba di sebuah tanah lapang, mereka akan ditenggelamkan oleh bumi. Ummat Islam yang sebelumnya tidak menerima kepimpinan beliau, mula meminta beliau sebagai pemimpin untuk ummat ini secara keseluruhan. Peristiwa itu akan membawa beliau untuk di Baiah sebagai Khalifah ke 12 yang dikenali umum sebagai Imam AlMahdi. 


ALMALHAMAH DIPIMPIN OLEH KHALIFAH ALMAHDI


Walaupun seluruh dunia mengalami krisis Perang Dunia Ketiga, Khalifah alMahdi hanya menjurus untuk pembersihan ummat Islam dari kesyirikkan dan kerosakkan oleh golongan pemberontak yang menentang khilafat. Peperangan akan tercetus di Jazirah Arab di antara Khalifah dan Khawarij, yang dikenali sebagai AlMalhamah Jazirah Arab. Seterusnya berlaku AlMalhamah di Iran terhadap golongan yang merosakkan dan memburukkan Islam. Kedua dua AlMalhamah ini untuk membersihkan Islam dari dalam supaya Islam seperti zaman Rasullullah dapat dihidupkan kembali.


AlMalhamah seterusnya akan terjadi di Konstantin Turkey bagi membebaskan Turkey dari penguasaan musuh musuh Islam, dan semua wilayah Syam. Lokasi peperangan berlaku samada disekitar Dabiq atau Amaq. Peperangan ini juga bertujuan untuk menguasai semula sumber air yang dikuasai oleh musuh. Sumber air yang dimaksudkan adalah Empangan Euphurates. 


Malah peperangan ini sebenarnya tercetus di antara ummat Islam dan bukan Islam kerana tuntutan musuh Islam untuk meminta menyerahkan kembali 70,000 tentera keluar dari kesatuan musuh lalu memeluki Islam. Setelah kemenangan berlaku di Konstantin, Islam telah berjaya dibersihkan sepenuhnya dari gerakkan yang mencemarkan agama Islam. 


Islam kembali dikenali dan tersebar ke seluruh dunia yang sebelumnya maruah dan imej Islam dirosakkan. Kejayaan di Konstantine menunjukkan jaminan keselamatan yang telah ujud pada pemerintahan Islam. Dengannya ramai yang berpihak dan mula memasuki Islam beramai ramai. Sebaliknya keadaan fitnah berterusan mendorong golongan munafiq terpaksa berpihak kepada golongan kafir untuk mendapatkan jaminan perlindungan dari ancaman Khalifah alMahdi. Suasana untuk mendapatkan jaminan keselamatan inilah akhirnya terjadi jelas perbezaan antara golongan yang beriman dan tidak beriman. 


Zaman tersebut setiap individu masing masing akan mencari tempat untuk berlindung dan bernaung, samada memihak kepada muslimin atau musyrikin. Keadaan pemisahan antara ummat Islam dan golongan musyrikin akan menjadi semakin jelas setiap hari dan akan terusan selama tujuh bulan selepas AlMalhamah Konstantine. Sehinggalah kemuncak di akhir tujuh bulan tersebut telah jelas terpisah dua golongan, di antara golongan muslimin dan musyrikin. Keadaan ini dinamakan kemuncaknya Duhaima.


KEMUNCAK FITNAH DUHAIMA ADALAH TANDA MUNCULNYA FITNAH DAJJAL


Saat saat akhir sebelum munculnya Dajjal, akan muncul tanda besar yang akan menutup pintu taubat iaitu "Terbit Matahari Dari Barat". DabbartulArd pula muncul seiringan dengan Dajjal, samada seketika sebelum, atau seketika selepasnya.  Tiga tanda besar ini muncul beriringan di antara satu dengan yang lainnya. Mana satu pun yang muncul terlebih dahulu atau salah satu dari Tiga Tanda Besar ini muncul, iman yang baru dibina sudah tidak memberi erti lagi.


Oleh kerana itulah usaha atas iman perlu disempurnakan sebelum tanda ini dizahirkan oleh Allah. Apabila pintu taubat telah tertutup tiada lagi peluang atas hidayah untuk sesiapa pun. Hati manusia yang telah memilih kekufuran tidak akan kembali kepada keimanan. Ini kerana sekiranya ujian sebelumnya tidak dapat ditempohi, ujian berikutnya yang akan datang lebih besar yakni Fitnah Dajjal. Dajjal muncul dikemuncak fitnah adDuhaima pada hari terakhir atau keesokan harinya. Zaman ketika sudah jelas terdapat pemisahan di antara dua golongan, yakni mukmin dan musyrikin. 


KEMUNCAK PERANG DUNIA KETIGA
ALMALHAMAH QUBRA


ALMALHAMAH QUBRA PERTAMA


Kemuncak Perang Dunia Ketiga akan dimulakan kembali dengan kemunculan Raja Perang yang dinamakan alMasekh Dajjal pada tahun 2029 iaitu sekitar 7 bulan selepas kemenangan di Konstantin. Peperangan ini berlaku sebaik sahaja kemunculan Dajjal yang marah kerana kebangkitan semula ummat Islam yang disatukan oleh Khalifah atas Manhaj anNubuah. Terdapat hanya dua golongan ketika itu satu golongan memihak kepada Khalifah AlMahdi dan satu golongan musyrik dan kafir pula akan memihak kepada Dajjal.


Negara Pakistan berjaya menghidupkan kembali sistem Islam sama seperti zaman Rasullullah yang tidak terikat kepada sistem yang dibangunkan oleh Dajjal. Sedangkan hampir kesemua wilayah di dunia kecuali yang berada di bawah kepimpiman Khalifah alMahdi telah dikuasai oleh sistem yang dibangunkan oleh Dajjal. Kejayaan ini membuatkan sistem Islam diterima pakai dan ianya merupakan ancaman untuk keruntuhan sistem Dajjal yang sepatutnya disambut sebagai "The New Melenium" pada 2030.


Dajjal bersama 70,000 tentera elitnya berbangsa Yahudi Isfahan membuat serangan secara besar besaran ke atas pasukkan Islam yang dipimpin oleh Khalifah AlMahdi. Dajjal muncul dari wilayah Khurasan, manakala Pakistan Baru adalah medan utama untuk dimusnahkannya, seterusnya serangan akan  menyebar keseluruh dunia. Tiada wilayah yang selamat dari ancaman penguasaan Dajjal.  Khalifah AlMahdi akan memerangi Dajjal yang berusaha untuk menyesatkan orang Islam yang masih beriman.


Kekuatan tentera Islam jauh lebih rendah berbanding kehebatan teknologi yang dibawa oleh Dajjal dan tenteranya. Peperangan Besar yang dipimpin oleh Dajjal untuk menguasai seluruh ummat manusia dinamakan Almalhamah Qubra menentang Dajjal. Inilah perang yang paling terburuk terhadap ummat Islam. Khalifah AlMahdi dan tenteranya akan mengalami kekalahan yang teruk. Akibat dari Peperangan ini sebahagian besar dari ummat Islam akan terkorban. Bakinya terpaksa bersembunyi menyelamatkan diri. 


Ummat Islam perlu melarikan diri untuk menyelamatkan iman mereka semasa Zaman Pemerintahan Dajjal. Tiada tempat yang selamat untuk ummat Islam melainkan berada di empat tempat iaitu Kota Makkah, Kota Madinah, Kota Aqsa dan Thur. Dajjal tidak dapat memasuki empat tempat tersebut. Selain dari tempat tersebut, Dajjal berkemampuan untuk pergi ke mana sahaja. Malah tempat yang didatanginya, penduduk muslimnya akan menerima ujian yang sangat berat. Kebanyakkan akan menjadi kafir untuk mengikuti Dajjal, melainkan sedikit yang sanggup syahid dibunuh  kerana mempertahankan iman mereka. Mereka yang tidak dapat menuju tempat tersebut melarikan diri ke gunung gunung untuk bersembunyi.


Tempat yang paling ramai ummat Islam ketika zaman ini adalah di Kota Madinah. Ini kerana ianya merupakan kota yang telah dipersiapkan Allah untuk ummat Islam semasa zaman Dajjal. Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah kerana di setiap pintu masuknya dijaga oleh malaikat yang menghunuskan pedang. Dajjal yang tidak berputus asa menyesatkan ummat menjadikan Bukit Garam sebagai istananya. Dajjal akan menyeru dengan seruan dan hentakkan sehingga setiap orang yang di dalam hatinya terdapat sifat kemunafikkan akan keluar dari kota Madinah menuju ke istana Dajjal.


DAJJAL


Dajjal hanya manusia biasa, namun dia diberikan keistimewaan dan bekerjasama dengan Iblis untuk menyesatkan manusia. Dajjal adalah "Raja Perang" yang menjadi kebanggaan "Pengatur Dunia Baru". Dajjal akan membuat pelbagai tipudaya dan tipu dayanya yang terbesar adalah mengakui dirinya tuhan. Bangsa Yahudi yang menjadi pengikut sejati menganggap Dajjal sebagai Tuhan, manakala seluruh syaitan akan tunduk taat kepada setiap perintah Dajjal. 


Dajjal tidak buta, mata kanannya a'war  yakni mengalami kecacatan mata. Sedangkan tidak layak bagi tuhan itu bersifat cacat. Kecacatan tersebut  mengakibatkan matanya rabun dan memakai kaca mata hijau berteknologi "AI" di mata kanannya. Ia membawa teknologi ilusi yang dinamakan sihir moden. Teknologi sains yang dibawa oleh Dajjal itulah sihir yang dapat menyebabkan manusia menjadi ghairah dan sangat kagum. Malah teknologi ilusi "Virtual Reality" yang dibawanya sangat menggoda manusia yang lemah imannya, baik lelaki maupun wanita.


Kemunculan Dajjal seolah olah untuk menyelamatkan dan membebaskan manusia dari semua undang undang Tuhan, namun hakikatnya menjadikan manusia sebagai hambanya. Manusia yang mengikutinya bebas melakukan apa sahaja sesuai dengan nafsunya. Perempuan dan harta kekayaan adalah senjata utamanya untuk mempengaruhi jiwa manusia. Sesiapa yang mengikuti fitnah Dajjal akan sesat lalu kafir di sisi Allah dan tiada diterima taubatnya setelah itu.  


Dajjal juga menguasai cuaca dengan teknologi yang dibina olehnya. Sekiranya tempat atau negara yang disinggahinya tunduk taat, maka diperintahkan langit menurunkan hujan lalu hujan pun turun dan diperintahkan bumi untuk subur maka bumi pun subur mengeluarkan tanaman. Begitu pula sebaliknya mana mana tempat atau negara yang tidak tunduk taat kepadanya, maka diperintahkan bumi dan langit sehingga jadilah kemarau dan kering kontang. Suasana ini mengakibat rakyat tempat tersebut akan saling memaksa manusia untuk tunduk dan taat kepada Dajjal.


Kebuluran zaman kemarau yang panjang menyebabkan manusia tunduk untuk terus hidup. Dajjal membawa makanan dan minuman yang sangat banyak semasa seluruh dunia sedang kebuluran. Seluruh orang kafir akan tunduk kepadanya demi kerana keperluan makanan dan minuman.


Dia diberi izin oleh Allah untuk menghidupkan orang yang telah dibelah mati, ataupun yang sudah ditanam di dalam kubur.  Membawa fitnah berupa syurga, barang siapa memasukinya akan dimasukkan Allah ke dalam neraka Allah dan tiada diizinkan syurga oleh Allah. Begitu pula sesiapa yang memasuki nerakanya, akan dimasukkan syurga dan diharamkan neraka oleh Allah.


Dajjal, di antara dua matanya tertulis kalimat كافر yakni kafir dan seluruh orang yang beriman dapat melihatnya. Namun semua manusia yang tidak beriman akan tunduk kepadanya malah menganggap dia sebagai tuhan. Mereka tidak akan membunuh melainkan dengan izin Dajjal. Sebaliknya orang yang beriman akan diuji keimanannya. Iman sempurna diusahakan sebelumnya akan tetap terpelihara walaupun terpaksa mati atau disiksa. Tempoh zaman pemerintahan alMasekh Dajjal (Penyelamat Palsu) sekitar satu tahun dua bulan dan dua minggu, namun hakikatnya peredaran matahari hanya 40 hari. 


PEMBUNUHAN DAJJAL DAN BANGSA YAHUDI


Tiada kekuatan ketenteraan di dunia yang mampu mengalahkan Dajjal apalagi untuk membunuhnya. Namun Dajjal akan di bunuh oleh Nabi Isa di Babul Lud, Palestine. Nabi Isa turun dari langit dengan menyandang di antara dua bahu malaikat di menara Putih, sebuah masjid di Damaskus, Syiria, Wilayah Syam. 


Selepas kematian Dajjal seluruh bangsa Yahudi akan dibunuh di Palestin dan di mana sahaja mereka berada. Inilah masanya dunia dibersihkan dari bangsa Yahudi. Seluruh ummat Islam diperintahkan untuk membunuh Yahudi di mana sahaja mereka berada, sehingga batu dan pohon juga memberi tahu kedudukan Yahudi kecuali pohon Gharqad.  


ALMALHAMAH QUBRA KEDUA DI VATICAN EROPAH


AlMalhamah Qubra yang kedua merupakan pertempuran terhadap kesepakatan kelompok yang menjalankan arahan "Pengatur Dunia Baru" yang berpusat di Rom Vatican Eropah. Sebahagian mereka mengaku sebagai Yahudi Zionis (Ashkanaz) dan sebahagian lagi Kristian Khatolik. Namun mereka sebenarnya bergerak sebagai "Freemanson dan Illuminiti". Merekalah yang bertanggungjawab melancarkan fitnah besar seluruh dunia. Fitnah dari mereka merosakkan seluruh manusia termasuk menguasai penganut Kristian sendiri. Turunnya Nabi Isa as dapat menyedarkan golongan Nasrani (Orthodok) bahawa Agama mereka telah dikuasai dan dimanipulasi oleh Vatican. Rum lalu bergabung dengan ummat Islam, berperang dengan kelompok Knight Hospital dan Knight Templar yang dibangunkan dengan wajah baru yang dinamakan "Cantus". Peperangan Besar ini juga berjaya menghapuskan Sistem "Arahan Benedictine". 


Peperangan ini dinamakan Almalhamah Qubra di Rom Eropah. Gabungan ummat Islam dan Kristian Orthodok Rum Russia akan memenangkan peperangan tersebut. Sejumlah harta ghanimah yang sangat besar dihimpunkan selepas peperangan ini.


ALMALHAMAH QUBRA KETIGA RUM RUSSIA 


Selepas kemenangan tersebut, Bangsa Asfar (Rum Russia) akan memasuki Lembah Magiddo, lokasinya berada berhampiran Galilea di bahagian Utara Palestin, Wilayah Syam. Jumlah tentera Rum ketika ini terlalu ramai berbanding tentera Islam. Mereka akan membentuk 80 pasukkan dan setiap pasukkan militer tersebut terdiri dari 10,000 hingga 12,000 anggota. Berlaku perselisihan sehingga Nabi Isa diangkat sebagai Hakim. Walaupun sudah diturunkan Nabi Isa as untuk mematahkan salib, ianya tidak diterima oleh sebahagian besar Kristian Orthodok. Ketika berlakunya perselisihan tersebut menyebabkan Nasrani Rum Russia membatalkan perjanjian dengan Islam sehingga terjadinya AlMalhamah Qubra Ketiga. 


Peperangan ini dinamakan AlMalhamah Qubra Rum. Ianya berbeza dengan AlMalhamah Konstantin yang berlaku sebelum munculnya Dajjal. Nama lembah inilah yang diambil untuk peperangan ini. Ahli kitab menamakan peperangan ini sebagai Peperangan di Lembah Armageddo, di antara golongan jahat dan golongan yang baik, di zaman milenium.

Ketiga tiga Peperangan Besar atau AlMalhamah Qubra inilah merupakan kemuncak Perang Dunia Ketiga.


SERANGAN TERAKHIR TERHADAP UMMAT ISLAM


Ummat manusia semenjak kemunculan Dajjal hanya tinggal dua golongan iaitu beriman dan tidak beriman. Akibat dari peperangan demi peperangan, populasi ummat Islam hanya tinggal sedikit. Sedangkan masih terlalu ramai lagi musuh musuh Islam yang telah menjadi pengikut atau tentera Dajjal yang masih bertebaran seluruh dunia. Serangan yang terakhir musuh Islam akan dilakukan secara beramai ramai. Serangan terakhir Perang Dunia Ketiga ini dikenali sebagai Dibukakan Kemenangan Bagi Yakjuj dan Makjuj. Sebagai peringatan, serangan ini berlaku sekitar 2030, insyaAllah. Semoga Allah memelihara kesemua ummat Islam yang hanya tinggal sedikit.


Setelah kekalahan Rom Vatican dan Rum Russia, ianya merupakan tanda bahawa ummat Islam akan mula diserang oleh Bangsa Yakjuj dan Makjuj secara keseluruhan. Bangsa Ashkanaz (Zionis) dan Kievan Rus' juga merupakan sebahagian dari Bangsa Yakjuj dan Makjuj. Namun Allah tidak mengizinkan  mereka menang di dalam kedua dua peperangan sebelumnya. Keizinan Allah seperti janji Allah bahawa apabila mereka kesemuanya bersepakat menyerang ummat Islam secara serentak dari perbagai arah.


YAKJUJ DAN MAKJUJ ADALAH MANUSIA BIASA DINDINGNYA SUDAH LAMA RUNTUH.


Yakjuj dan Makjuj merupakan bangsa manusia keturunan Adam as. Nama ini merupakan panggilan kepada sebahagian bangsa dari keturunan Turk yang mempunyai dendam dan sangat ganas ketika menyerang kelompok selain darinya. Walaupun kesemua Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Turk, namun tidak semua keturunan Turk adalah Yakjuj dan Makjuj. Turk adalah panggilan atau nama kuniat bagi Yafith bin Nuh as. 


Dinding yang dibina tersebut telah mula berlubang semasa zaman Rasullullah dan telah runtuh binasa hampir seribu tahun yang lalu. Sehari yang bersamaan seribu tahun mereka telah bersama dan berbaur dengan manusia lainnya menunggu peluang dan masa dibukakan kemenangan untuk mereka menguasai seluruh manusia. Dendam mereka berterusan dan matlamat mereka adalah untuk menentang dan merampas tahta Tuhan. 


KEMENANGAN YAKJUJ DAN MAKJUJ


Allah menjanjikan kemenangan dengan digunakan kalimat Dibukakan Yakjuj dan Makjuj" untuk menguasai seluruh dunia. Serangan ini dipimpin oleh Bangsa China dengan idealogi untuk merampas "Tahta Tuhan". China akan memimpin seluruh manusia yang berada di bawah pengaruhnya. Sebahagian besar Bangsa Qaturah juga akan menjadi sekutu mereka. Bangsa Qaturah adalah sebahagian dari Bani Jawi yang membuat perikatan dengan China, sebahagian besar dari mereka menjadi kafir semasa berlakunya zaman alHaraj.


Ketika serangan ini berlaku manusia masih berada di zaman kebuluran kerana kemarau panjang, begitu jugalah yang dialami oleh Yakjuj dan Makjuj. Makanan hanya diperolehi semasa zaman pemerintahan Dajjal. Kematian Dajjal menyebabkan mereka juga kehabisan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Yakjuj dan Makjuj akan makan dan minum apa sahaja yang dijumpai yang boleh dimakan, termasuklah manusia itu sendiri.  Serangan ini adalah serangan mereka untuk terus hidup. Silalah hitung, sekiranya seluruh penduduk dunia yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj itu menyerang, setiap negara seumpama hidangan untuk mereka untuk beberapa hari yang pendek.


Ummat Islam juga tidak diperintahkan untuk berperang atau menyerang mereka apabila mula diistiharkan oleh Allah tentang Kemenangan Yakjuj Makjuj ini. Tiada tempat selamat bagi ummat Islam ketika serangan terakhir ini. Satu satunya tempat yang selamat bagi ummat Islam adalah berada bersama dengan Nabi Isa as di Syam. Ummat Islam mesti pergi ke sana, dan kesemuanya akan melarikan diri ke Gunung Thur. Sebahagian dari penempatan ummat Islam yang masih ramai, akan dihantar pasukkan penyelamat untuk membawa mereka ke Syam. Api akan mengiringi jemaah tersebut untuk selamat tiba di Syam. Itulah tempat perlindungan terakhir untuk ummat Islam, sebelum dikabulkan doa Isa as untuk membantu seluruh ummat Islam di saat genting.


Yakjuj dan Makjuj akan tewas atas bantuan Kudrat Allah, inilah yang dijanjikan Allah atas ummat ini. Zaman meraikan kemuncak kemenangan mereka, merupakan zaman kemusnahan bagi mereka. Kemusnahan mereka ini berlaku di bahagian akhir tahun 2030. Selepas bantuan Allah untuk menghapuskan golongan bathil ini, ummat Islam akan menghadapi zaman kegemilangan dan kedamaian serta keadaan agama kembali disempurnakan semula persis keadaan semasa Zaman Rasullullah saw.


Semasa zaman ini dunia keseluruhannya diperintah di bawah cara pemerintahan Islam dengan adil. Sistem pentadbiran Islam bukan sahaja berlaku di Pakistan, malah Negara Arab dan seluruh dunia menjalankan sistem pentadbiran Islam.  Keamanan dan kemakmuran tersebar ke seluruh dunia, bukan sahaja manusia bahkan haiwan juga turut merasakannya. Bumi dan langit mengeluarkan keberkahannya, sehingga seluruh manusia menikmati kesan rahmat Allah, berakhirnya zaman kesusahan dan kebuluran.


Ummat Islam hidup dengan kaya raya, kerana khalifah alMahdi tidak menyimpan khazanah. Harta diagih agihkan sehingga kesemua rakyat mendapat haq masing masing. Malah seluruh ummat Islam berlumba lumba untuk bersedakah dan berzakat. Sayangnya ketika itu sangat sukar untuk menjumpai orang yang mahu menerima sedeqah maupun zakat. Zaman itu sekiranya datang seseorang untuk meminta, orang tersebut akan terus kaya dengan mendadak kerana apabila diketahui umum, semua orang Islam yang kaya akan berlumba untuk menyempurnakan hajat orang tersebut.


Tempoh ini berlangsung sekitar tujuh tahun sebelum ummat Islam yang masih hidup akan ditamatkan kehidupannya secara menyeluruh. Sekitar tahun 2037 Masehi, merupakan tahun yang dinanti nantikan oleh setiap ummat Islam agar mereka diterima dengan kematian akibat tiupan angin yang mencabut nyawa seluruh ummat Islam secara serentak. Angin tersebut akan mencabut nyawa setiap orang walaupun padanya ada iman sebesar zarah atau biji sawi. Inilah rahmat Allah untuk seluruh ummat Islam.* Rujuk artikel 2037 tahun berakhirnya Umur Umat Islam.


ZAMAN MANUSIA SETELAH KEMATIAN SELURUH UMMAT ISLAM.


Manusia yang masih hidup selepas nyawa seluruh ummat Islam dicabut,  adalah yang tidak beriman walaupun hanya sebesar biji sawi. Kebanyakkannya dari keturunan Ham bin Nuh as. Selepas kejadian tersebut mereka akan menguasai Makkah lalu mengambil khazanah yang ada padanya, dan Kaabah akan diruntuhkan. Mereka merupakan bangsa yang memiliki dua betis yang rengang, dan botak kepalanya, yang dipanggil Zu al-Suwaqatain. Bangsa yang tidak pernah menguasai dunia akan menguasai dunia di saat akhir sebelum kiamat.


Namun ketika zaman ini berlangsung, tiada tinggal lagi ummat Islam walaupun seorang. Maka janganlah berdoa untuk masih hidup lagi di zaman ini. Inilah zaman manusia yang masih hidup merupakan seburuk buruk manusia. Mereka akan melakukan maksiat secara terang terangan tanpa segan silu. Minum arak, berjudi dan berzina terang terangan di khalayak umum. Malah semasa kemuncak kesesatan syaitan akan mengajarkan manusia cara untuk bertambah kaya dengan menyembah patung dan gambar. 


Ketika inilah patung dan gambar orang yang sebelum mereka digunakan untuk disembah. Keadaan yang sama akan berlaku seperti mana patung orang soleh seperti Wad, Suwa',  Yaghuts, Ya'uq dan Nasr yang merupakan anak Nabi Adam sendiri dijadikan patung sembahan, walaupun mereka merupakan orang yang soleh. Sekiranya segala patung atau gambar yang ada sekarang ini tidak dihapuskan ianya juga turut akan digunakan sebagai alat sembahan. Inilah tipu muslihat iblis untuk mensabitkan umat islam terhadap fitnah syirik akhir zaman.


Sayangnya ketika itu, kita tiada lagi untuk menghalang patung atau gambar kita dijadikan sembahan. Membiarkannya bererti kita membiarkan perkara ini berlaku ke atas patung dan gambar kita sendiri. Sekaranglah masanya segala bentuk patung dan gambar yang tidak perlu, mesti dihapuskan terutamanya yang menjadi milik kita sendiri. InsyaAllah.


BERLAKUNYA QIAMAT


Hari berlakunya Qiamat tidak diketahui oleh sesiapa pun, melainkan hanya diketahui oleh Allah. Allah telah memberikan tanda tanda sebelum berlakunya Qiamat, dan setelah dicabut nyawa orang beriman maka tiada lagi orang yang akan mempercayai peringatan Allah. Tiada lagi berguna peringatan kerana tiada lagi iman. Maka inilah seburuk buruk manusia yang akan mengalami "Hari Hentaman". Bumi dan segala isinya akan mengalami hentaman yang sangat dasyat dari langit.


Segala janji Allah di dalam Quran ketika itu akan berlaku. Tiupan sangka kala pertama yang akan melayangkan gunung ganang bak kapas berterbangan. Bahkan  seluruh cakerawala dan apa sahaja yang wujud di bawah arasy Allah akan berlanggaran dan hancur sehancurnya. Ketujuh tujuh lapisan langit juga akan dimusnahkan.


Tiada lagi kehidupan, seluruh yang hidup termasuk malaikat juga akan dicabut nyawanya. Malah Malaikat peniup sangka kala juga dicabut nyawanya, begitu juga malaikat Israil malaikat pencabut nyawa juga diperintahkan untuk mencabut nyawanya sendiri. Inilah permulaan Hari Akhirat yang dinamakan Hari Kehancuran.


Tidak diketahui bila hari tersebut berlaku, hanya Allah yang mengetahui rahsia ini. Hari tersebut tiba apabila tiada lagi kalimat Allah Allah Allah disebutkan lagi oleh manusia. Dunia keseluruhan sudah tiada nilai di sisi Allah itulah saatnya Qiamat.  إن شاء الله


" والله أعلمُ بالـصـواب "


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته











Komentar

Postingan Populer