KRONOLOGIS KEJADIAN KIAMAT
Bandung, 18 Nopember 2021
Segala pujian bagi Allah ﷻ yang menganugerahkan taufiq kepada orang yang ingin taat. Salawat dan salam untuk Baginda ﷺ
Mengetahui tanda tanda hampirnya Qiamat adalah peringat terakhir untuk sesiapa yang mahu mengambil peringatan, khususnya umat Islam. Tiada siapa yang dapat lari dari ketentuan, sebaliknya sesiapa sahaja diberi peluang sebelum waktu yang dijanjikan itu tiba.
إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ مِيقَاتُهُمْ أَجْمَعِينَ
40. Sesungguhnya Hari Keputusan (Qiamat) suatu waktu ditentukan (dijanjikan) pada mereka kesemuanya,
(Surat Ad-Dukhan Ayat 40)
* rujuk Himpuan Ayat - Qiamat
Sebelum berlakunya Hari Qiamat seperti yang telah dijanjikan, akan berlaku Tanda Tanda Qiamat. Berlakunya Hari Qiamat dan Berlakunya Tanda Tanda Qiamat adalah sesuatu yang berbeza.
فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً ۖ فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا ۚ فَأَنَّىٰ لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan "Itulah Waktu" (Qiamat) sedangkan kedatangannya kepada mereka secara tiba-tiba. Maka pasti ditetapkan datang sesuatu "Tanda - Tanda Khusus" (Syaratnya). Maka apakah faedah bagi kesadaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang?
(Surat Muhammad Ayat 18)
* rujuk Himpuan Ayat - Tanda Qiamat
Mengkaji dan berusaha untuk mengetahui maksud tanda tanda tersebut merupakan urusan yang penting, kerana kita sendiri yang bakal menghadapinya. Maksud penjelasan ini supaya timbul kesedaran untuk mengetahui bilakah berakhirnya tanda tanda tersebut. Ini kerana selepas berakhirnya Tanda Tanda tersebut sudah tiada lagi sebarang manfaat. Semuanya sudah dianggap terlambat kerana kedatangan Hari Qiamat itu secara tiba tiba.
يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا
63. Manusia bertanya kepadamu tentang Waktu itu (Qiamat). Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang itu hanya di sisi Allah". Dan tidakkah kamu diberitahu sekiranya Waktu itu (Qiamat) berlakunya sangat dekat?
(Surat Al-Ahzab Ayat 63)
* rujuk Himpuan Ayat - Qiamat
Pembukaan maklumat ini tidak bermaksud untuk meramalkan bila terjadinya Hari Qiamat. Ini kerana perkara tersebut hanya di dalam pengetahuan Allah swt. Tiada siapa pun mampu mengetahuinya. Sebaliknya umat ini perlu disedarkan bahawa Qiamat itu bermaksud "Dekat" (الْآزِفَة) dan sebelum kedatangan terdapat "Tanda Tanda Khusus" supaya persediaan dan persiapan untuknya dilakukan sebaik mungkin, leka terhadapnya menyebabkan ummat ini sibuk membina dunianya.
بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةَ كَهَذِهِ مِنْ هَذِهِ أَوْ كَهَاتَيْنِ وَقَرَنَ بَيْنَ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى
"Aku diutus sementara kedatangan hari kiamat adalah seperti ini dari ini." beliau memberi isyarat dengan kedua jarinya, jari telunjuk dan jari tengah.
(Riwayat Shahih AlBukhari)
* rujuk Himpuan Hadits - Dekatnya Qiamat
Berlaku kehancuran seluruh dunia ini hanya dihadapi oleh golongan kafir yang tidak beriman walaupun sedikit. Keinginan untuk melihat Hari Qiamat bererti keinginan untuk menjadi orang yang dicabut imannya lalu menjadi kafir. Hari Qiamat akan berlaku, apabila tiada lagi kalimat Allah, Allah, disebutkan walau oleh seorang manusia pun. Jadi tiada lagi keperluan untuk mengetahui bila berlakunya Qiamat, kerana sudah tiada lagi orang yang akan mempercayainya.
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ
"Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak diucapkan lagi 'Allah, Allah'."
(Riwayat Shahih Muslim)
* rujuk Himpuan Hadits -
2037 MASEHI TAHUN TERAKHIR BERAKHIRNYA UMUR UMMAT ISLAM
Begitu juga terdapat perbezaan di antara berakhirnya umur ummat Islam dan berakhirnya dunia ini. Berakhirnya umur ummat Islam ketika berlakunya Tanda Besar Qiamat yang terakhir iaitu ditiupkan angin yang mencabut nyawa setiap orang yang beriman walaupun imannya sebesar biji sawi. Manakala berakhirnya dunia ini dengan ditiupkan sangkakala untuk menghancurkan seluruh alam dan seluruh kehidupan yang ada di dalam alam tersebut, inilah yang dinamakan Permulaan Hari Qiamat.
Secara ringkas, umur ummat ini diperkirakan akan menjangkau sekitar 1427 tahun mengikut perkiraan tahun Syamsiah. Rasullullah diutuskan kepada ummat ini pada tahun 610 M. Hari kerasulan Nabi Muhammad saw adalah hari Saidatina Khatijah rha. menjadi muslim. Keislaman Saidatina Khatijah rha. merupakan ummat Nabi Muhammad saw yang pertama. Maka dengan itu secara lansung bermulanya umur ummat ini pada 610 Masehi. Sekiranya 610 Masehi ditambahkan dengan "Tempoh Umur Ummat Islam" iaitu 1427 tahun syamsiah maka tahun berakhirnya Ummat Islam adalah sekitar 2037 Masehi. Inilah tahun berlakunya tanda terakhir sebelum Qiamat. Pada tahun ini seluruh ummat Islam akan meninggal dengan serentak apabila angin yang mencabut nyawa orang yang beriman ditiupkan. InsyaAllah
Setiap ummat Islam perlu mengambil berat perkara ini, kerana 17 tahun sebelumnya bermulalah zaman yang penuh dengan fitnah dan ujian yang sangat besar. Ujian ini akan berterusan satu demi satu. Membiarkan perkara ini seolah olah membiarkan fikiran dan angan angan seseorang itu sangat jauh seperti ingin hidup lama. Akhirnya lupa untuk membuat sebarang persiapan bagi dirinya bahkan terhadap orang yang dikasihinya yakni keluarga, isteri dan anak anak. Ummat ini perlu disedarkan dari angan angan yang panjang. Walaupun seseorang itu menyedari maut itu datang pada bila bila masa, perancangan dan angan angannya keluar dari kotak umur yang telah ditaqdirkan.
هَذَا الْإِنْسَانُ وَهَذَا أَجَلُهُ مُحِيطٌ بِهِ أَوْ قَدْ أَحَاطَ بِهِ وَهَذَا الَّذِي هُوَ خَارِجٌ أَمَلُهُ وَهَذِهِ الْخُطَطُ الصِّغَارُ الْأَعْرَاضُ فَإِنْ أَخْطَأَهُ هَذَا نَهَشَهُ هَذَا وَإِنْ أَخْطَأَهُ هَذَا نَهَشَهُ هَذَا
"Ini adalah (gambaran) manusia. Garisan segi empat ini ialah ajal maut yang melingkungi manusia. Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya. Garis-garis kecil pula adalah musibah dan ranjau kehidupannya. Jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya, jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya.
(Riwayat Shahih AlBukhari)
* rujuk Himpuan Hadits -
KAEDAH UNTUK MENENTUKAN TEMPOH MASA UMMAT ISLAM
Terdapat dua peringkat untuk menentukan tempoh masa ummat Islam. Pertama mengetahui tempoh awal dan tempoh lanjutan. Manakala terdapat dua kali tempoh lanjutan masa yang Allah kurniakan kepada ummat ini. Seperti mana yang telah diketahui, kita semua telah melepasi tempoh awal. Malah sekarang sedang menjalani masa tambahan pertama, sedangkan masa tambahan kedua akan ditentukan oleh Allah setelah keberadaan Khalifah terakhir yang dikenali sebagai alMahdi. Dasar inilah yang diguna pakai untuk menentukan tempoh terakhir ummat Islam. InsyaAllah.
MENENTUKAN TEMPOH MASA AWAL SEBELUM, UMUR UMMAT INI DILANJUTKAN.
Perkara ini dapat ditentukan dengan merujuk kepada hadits berikut sebagai panduan. Rasullullah mewariskan kepada ummat ini panduan panduan. Hanyasanya orang yang berfikir dan mahu mengambil ikhtibar dari setiap apa yang diwariskan akan mendapat manfaat darinya.
مَثَلُكُمْ وَمَثَلُ أَهْلِ الْكِتَابَيْنِ كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَأْجَرَ أُجَرَاءَ فَقَالَ مَنْ يَعْمَلُ لِي مِنْ غُدْوَةَ إِلَى نِصْفِ النَّهَارِ عَلَى قِيرَاطٍ فَعَمِلَتْ الْيَهُودُ ثُمَّ قَالَ مَنْ يَعْمَلُ لِي مِنْ نِصْفِ النَّهَارِ إِلَى صَلَاةِ الْعَصْرِ عَلَى قِيرَاطٍ فَعَمِلَتْ النَّصَارَى ثُمَّ قَالَ مَنْ يَعْمَلُ لِي مِنْ الْعَصْرِ إِلَى أَنْ تَغِيبَ الشَّمْسُ عَلَى قِيرَاطَيْنِ فَأَنْتُمْ هُمْ فَغَضِبَتْ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالُوا مَا لَنَا أَكْثَرَ عَمَلًا وَأَقَلَّ عَطَاءً قَالَ هَلْ نَقَصْتُكُمْ مِنْ حَقِّكُمْ قَالُوا لَا قَالَ فَذَلِكَ فَضْلِي أُوتِيهِ مَنْ أَشَاءُ
"Perumpamaan kalian dibandingkan Ahlil Kitab seumpama seseorang yang menyewa (mengupah) para pekerja lalu dia berkata; "Siapa yang mahu bekerja untukku dari awal pagi hingga pertengahan siang dengan upah satu qirath, maka orang-orang Yahudi melaksanakannya. Kemudian dia berkata, "Siapa yang mau bekerja untukku dari pertengahan siang hingga shalat 'Ashar dengan upah satu qirath, maka orang-orang Nashrani mengerjakannya. Kemudain orang itu berkata, lagi: "Siapa yang mau bekerja untukku dari 'Ashar hinga terbenamnya matahari dengan upah dua qirath, maka kalianlah orang yang mengerjakannya. Maka orang-orang Yahudi dan Nashrani marah sambil berkata: " Tidaklah patut bagi kami, kami yang mengerjakan amal pekerjaan yang lebih, namun kami menerima kurang yang upah!" Lalu orang itu berkata: "Apakah ada hak kalian yang aku kurangi?" Mereka menjawab: "Tidak ada". Orang itu berkata: "Itulah karunian dariku yang diberikan kepada siapa yang aku kehendaki".
(Riwayat Shahih AlBukhari)
* rujuk Himpuan Hadits -
Secara umum hadits di atas menjelaskan mengenai ganjaran amalan bagi ketiga tiga ummat, iaitu ummat Nabi Musa as (dari kalangan keturunan Yahudi), ummat Nabi Isa as (dari kalangan keturunan Nashrani) dan ummat Nabi Muhammad saw. malah ummat Rasullullah saw mendapat dua kali ganda atau ganjaran yang lebih. Walaupun hadits ini mengisahkan ganjaran, namun secara lansung terdapat sebuah kenyataan yang berkaitan tempoh yang dinyarakan oleh Rasullullah.
Di dalam hadits tersebut, terdapat dua kenyataan berkaitan tempoh untuk dijadikan rujukkan. Pertama, terdapat tempoh masa bagi tiga ummat, tempoh bangsa Yahudi, tempoh bangsa Nasrani dan tempoh Ummat Muhammad. Keduanya, tempoh Bangsa Yahudi bermula dari awal pagi hingga pertengahan hari bakinya adalah tempoh bagi bangsa Nasrani dan Ummat Muhammad saw. Makna lainya hari dibahagi dua yang sama, setengah siang hari pertama diperuntukkan untuk Bangsa Yahudi, manakala setengah siang hari kedua adalah untuk kedua dua ummat Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw. Apabila dirujuk kepada himpunan hadits di atas bangsa Yahudi itu merupakan ahli Taurat manakala bangsa Nashrani merupakan ahli Injil.
Maka dapat disimpulkan sebuah panduan seperti berikut,
1) "Tempoh Masa Bangsa Yahudi" (TMBY) bersamaan Tempoh Masa Bangsa Nasrani" (TMBN) yang dicampur dengan "Tempoh Masa Ummat Muhammad saw" (TMUNM)
2) Kiraan tahun Syamsiah digunapakai kerana fakta sejarah diperkirakan berdasarkan Syamsiah atau Masehi atau Gregorian. (Tidaklah tepat mengguna pakai kiraan Syamsiah di awal (maklumat sejarah) kemudian dicampur dan diadukkan dengan kiraan Qamariah. Ini kerana Setahun Syamsiah mempunyai 365 hari, manakala setahun Qamariah mempunyai 354 hari).
3) Tempoh Masa Bangsa Yahudi adalah 1500 tahun Syamsiah, manakala Tempoh Masa Bangsa Nasrani 575 tahun Syamsiah
( Perkara ini akan dijelaskan pada bahagian berikutnya, insyaAllah.)
# TMBY = TMBN + TMUNM
# TMUNM = TMBY - TMBN
# TMUNM = (1500-575) Tahun Syamsiah
# TMUNM = 925 Tahun Syamsiah
Maka 925 tahun (Syamsiah) merupakan Tempoh Masa Awal Ummat Nabi Muhammad sebelum dilanjutkan. Sebagai rujukkan dasar, semenjak bermulanya ummat Islam pada tahun 610 Masehi ditambah dengan 925 tahun menjadikan 1535 Masehi sebagai tahun Awal Ummat Nabi Muhammad sebelum dilanjutkan.
لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ حَتَّى يَمْلِكَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَمْلِكُ جَبَلَ الدَّيْلَمِ وَالْقُسْطَنْطِينِيَّةَ
"Kalau seandainya tidak tersisa di dunia kecuali satu hari, sungguh Allah 'azza wajalla akan memanjangkannya sampai seorang lelaki dari Ahlul baitku menguasai gunung Dailam dan Qusthanthiniyyah."
(Riwayat Sunan Ibnu Majah)
* rujuk Himpuan Hadits -
Jelas hadits di atas menunjukkan tempoh ummat ini diperpanjangkan untuk kemunculan seseorang ahlulBait yang dikenali sebagai alMahdi.
UMAT INI SEDANG DILANJUTKAN TEMPOH MASANYA
Berdasarkan kepada ketentuan bahawa tempoh ummat ini diperpanjangkan untuk kemunculan alMahdi, maksudnya adalah untuk mengembalikan keadaan ummat supaya bertambah kuat menghidupkan syariat Islam persis di zaman Rasullullah. Tempoh pertama yang diperuntukkan adalah setengah hari. Setengah hari tersebut bersamaan 500 tahun syamsiah.
لَنْ يُعْجِزَ اللَّهُ هَذِهِ الْأُمَّةَ مِنْ نِصْفِ يَوْمٍ
"Sekali-kali Allah tidak akan melemahkan umat ini dari waktu setengah hari."
(Riwayat Sunan Abu Daud)
* rujuk Himpuan Hadits -
500 tahun bersamaan setengah hari ini adalah kupasan dari ayat 5 di dalam surah As-Sajdah.
يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu
(Surah As-Sajdah Ayat 5)
Maka dengan merujuk berakhirnya Tempoh Awal Ummur Ummat pada 1535 Masehi apabila ditambah sebanyak 500 tahun (Syamsiah) hasilnya kita dapati 2035 Masehi. Inilah tahun berakhirnya tempoh lanjutan pertama. Namun sekiranya Allah meneruskan untuk melanjutkan buat kali keduanya tempoh ummat ini, ianya akan menjangkau sehingga tahun 2037 Masehi. Ini kerana lanjutan kedua itu tempohnya 2 tahun syamsiah semasa zaman Khalifah alMahdi. Perkara ini akan dijelaskan secara lanjut di dalam Artikel berikutnya. Maka secara keseluruhan Tempoh Masa Terpanjang Ummat Islam adalah 1427 tahun mengikut kiraan Syamsiah. Berikut ini akan dijelaskan kaedah pengiraan tempoh masa di antara ahli Taurat (golongan Yahudi) disebutkan 1500 tahun dan tempoh masa ahli injil (golongan Nashrani) disebutkan 575 tahun.
KAEDAH PENGIRAAN TAHUN JARAK ANTARA DIUTUSNYA NABI MUSA SEHINGGA LAHIRNYA NABI ISA AS
Secara ringkas jarak masa tersebut disepakati oleh ahli sejarah bahawa ianya mencapai 1500 tahun kiraan Syamsiah.
Tahun kelahiran dan umur baginda diperlukan untuk mengetahui jarak sebenar di antara beliau diutus sehingga kelahiran Nabi Isa as.
Berdasarkan kajian kiraan umur para nabi ditentukan bahawa tahun kelahiran Nabi Musa as pada sekitar tahun 1527 Sebelum Masehi. Terdapat juga penemuan bukti arkologi menunjukkan kelahirannya juga yang dapat disimpulkan pada tahun tersebut.
Nabi Musa mula meninggalkan Mesir ketika umur awal baligh yakni sekitar 12 tahun lebih sedikit. Ianya dapat dirujuk di dalam surah alQasas
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَىٰ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
14. Dan setelah Musa cukup umur dan sempurna akalnya, Kami berikan kepadanya kehakiman dan pengetahuan. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَٰذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ ۖ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَىٰ فَقَضَىٰ عَلَيْهِ ۖ قَالَ هَٰذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ
15. Dan baginda (Musa) memasuki kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya di dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golongannya (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Kaum Qibthi). Maka orang yang dari golongannya meminta pertolongan kepadanya, untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa menumbuknya, lantas matilah musuhnya itu. Musa berkata: "Ini adalah perbuatan syaitan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya).
(Surat Al-Qasas Ayat 14 - 15)
Tempoh keberadaan Nabi Musa as bersaman Nabi Syuib sekitar 10 tahun.
إِذْ تَمْشِي أُخْتُكَ فَتَقُولُ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ مَنْ يَكْفُلُهُ ۖ فَرَجَعْنَاكَ إِلَىٰ أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ ۚ وَقَتَلْتَ نَفْسًا فَنَجَّيْنَاكَ مِنَ الْغَمِّ وَفَتَنَّاكَ فُتُونًا ۚ فَلَبِثْتَ سِنِينَ فِي أَهْلِ مَدْيَنَ ثُمَّ جِئْتَ عَلَىٰ قَدَرٍ يَا مُوسَىٰ
(yaitu) ketika saudaramu yang perempuan berjalan, lalu ia berkata kepada (keluarga Fir'aun): "Bolehkah saya menunjukkan kepadamu orang yang akan memeliharanya?" Maka Kami mengembalikanmu kepada ibumu, agar senang hatinya dan tidak berduka cita. Dan kamu pernah membunuh seorang manusia, lalu Kami selamatkan kamu dari kesusahan dan Kami telah mencobamu dengan beberapa cobaan; maka kamu tinggal beberapa tahun diantara penduduk Madyan, kemudian kamu datang menurut waktu yang ditetapkan hai Musa,
(Surat Ta Ha Ayat 40)
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَىٰ أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ ۖ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِنْدِكَ ۖ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ ۚ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Berkatalah dia (Syu'aib): "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku selama lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu Insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik".
(Surat alQasas : 27)
Berdasarkan fakta di atas, tahun 1527 SM sebagai tahun kelahiran Nabi Musa, lalu ditolak umur baginda diutus sekitar 22 tahun lebih sedikit. Maka sekitar tahun 1505 SM merupakan tahun baginda mula di utus untuk Bani Israel atau ahli Taurat. Golongan Yahudi adalah sebahagian dari ahli Taurat atau sebahagian dari bani Israel. Maka untuk menentukan "Tempoh Umur Kerja" golongan Yahudi bermula sekitar 1505 SM sehingga sekitar 5 SM, kerana tahun tersebut adalah tahun kelahiran Nabi Isa as. 1505 SM ditolak dengan 5SM bersamaan 1500 tahun kiraan Syamsiah.
KAEDAH PENGIRAAN TAHUN JARAK ANTARA NABI ISA SEHINGGA LAHIRNYA NABI MUHAMMAD (JAIM)
Tahun kelahiran Rasullullah 20 April 570M, manakala tahun kelahiran Nabi Isa sekitar pertengahan tahun 5 SM.
* Perlu difahami bahawa Nabi Isa dilahirkan pada pertengahan tahun lebih sedikit kerana baginda dilahirkan sewaktu musim kurma berbuah. Musim panas saat buah boleh dituai sekitar bulan Julai. Kenabian Nabi Isa as bermula semenjak bayi selepas baginda dilahirkan.
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا
25. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,
(Surat Maryam Ayat 25)
Tempoh kehamilan umum adalah 9 bulan 10 hari. Mariam mula mengandung pada awal musim dingin. Maka dapat disimpulkan bahawa tarikh kelahiran Nabi Isa as. lebih kurang atau sekitar Julai 5 SM.
Sedangkan terdapat penyelewengan fakta sejarah kelahiran Isa di musim dingin 1 January lalu bermulanya tahun Masehi. Masehi yang dimaksudkan tersebut cuba dikaitkan dengan kelahiran Nabi Isa as.
Maka dengan itu jarak masa di antara kelahiran Nabi Isa as sehingga Kelahiran Rasullullah saw adalah sekitar 575 tahun kiraan syamsiah. Ianya dikira dari Julai 5 SM sehingga 20 April 570 M
KESIMPULAN KRONOLOGI TIGA UMMAT
Bermulanya Nabi Musa a.s. dilahirkan sekitar 1527SM. Nabi Musa diutuskan sekitar 1505SM. Berlalu tempoh 1500 tahun sehingga Nabi Isa diutuskan yakni dilahirkan. Nabi Isa as diutus sejak dari bayi dan dilahirkan sekitar Julai 5SM. Berlalu tempoh 575 tahun sehingga kelahiran Rasullullah saw pada April 570M. Sekitar tahun 610M bermula Nabi Muhammad diutus sebagai Rasullullah, dan bermulalah Tempoh umur Ummat Rasullullah saw. Tempoh ummat Rasullullah sekitar 1427M. Maka sekitar 2037 merupakan tahun terakhir bagi ummat Islam. Seterusnya manusia menunggu kemunculan Qiamat yang hanya diketahui oleh Allah. SWT.
Apabila dunia keseluruhan sudah tiada nilai di sisi Allah itulah saatnya Qiamat.
إن شاء الله
" والله أعلمُ بالـصـواب "
- Dapatkan link
- X
- Aplikasi Lainnya
Komentar
Posting Komentar